October 27, 2013

pengalaman mini seminar magnet kekayaan dan kejayaan n buku free!

semalam, 26-10-2013, aku n along telah menghadiri  mini seminar Dr Azizan Osman tentang magnet kejayaan dan kekayaan. mulanya, kami dah terlambat, rasa mcm dah x blh masuk dah ni..mesti ramai org.. pastu dtg lmbt, mesti buku magnet kekayaan dan kejayaan tu dah sold out. pkul 920am kami sampai di wisma MCA, Ampang, ramai pulak org masih berpusu-pusu masuk, jadi aku syukur sgt sbb masih ada peluang untuk register n dengar talk Dr Azizan Osman. dekat 3000 org hadir, kitorg berdiri sepanjang talk tu, sbb kalau nak duduk atas lantai, x napk dr in person. Alhamdulillah bila berdiri, npk jelas dia bagi ceramah dan aku rs mcm dia ckp dekat dgn aku berbanding duduk.

 Dr Azizan telah share kisah hidup dia serba sedikit n rupanya byk first timer yang datang. Dia jugak ucapkan tahniah kepada kami sbb pada pagi sabtu, where most of people bangun lambat pada pagi sabtu, kami berada disini.


Apa yang kita belajar?

sape2 yang dah pernah hadir mesti tahu apa formula Dr Azizan?
M.E.S.T.I

alhamdulillah, dulu time aku datang untuk berani berniaga, aku masih blur2 lagi. semalam ada perkara yang begitu menyentuh n sentap. :P

1. Dr Azizan tengah komited nak turunkan berat badan. dia bg if kita nak turunkan berat badan, x kan nak lari kat treadmill 1 minit dan expect kurus terus? massive action massive result.kena bagi peluang pada diri untuk belajar n adapt.

2. matlamat yang sgt jelas, mcm benda yg kita nak tu telah pun berada depan mata ( kita dah memilikinya)
 cth: dia mintak seorg lelaki bangun n bgthu matlamat. lelaki tu ckp nak bw mak dia tunaikan haji. Dr ckp bulan berapa? lelaki tu balas bulan 6. satu dewan ketawa sbb time tu bukan bulan zulhijjah. tapi sgt bermakna untuk belajar tentang goal setting. set kan matlamt dengan jelas.

3. .... korang pergi sendiri dan dengar seminar2 dia.. bukan kena bayar pun, yng intensif memang la kene bayar. tapi yg free pun, bila kita dtg dengan hati terbuka, minda terbuka nak dapatkan ilmu, alhamdulillah.

aku bukan taksub dgn Dr Azizan. Dia memang orang islam,yang terbukti berjaya n kaya raya. Apa dia cakap, dia buat. he give inspiration to people.

 Aku cuma insan yang ingin mengubah diri untuk menjadi lebih baik luar dan dalam. Insya Allah.



 PS: bila aku sampai dekat wisma MCA, aku nampak panamera 666. eh, ni Dr Azizan punya. time nak balik tu, aku keluar awal sikit, semata mata nak tgkp gmbr, hehe :P
**oh ye, buku tu harga rm25, tapi sesiapa yang g mini seminar ni, dapat free je!
*** BMW tu sgt la cantikkkkkkk.... ya Allah, ada ke peluang aku nak dapat sebiji?



October 25, 2013

My ABAH PART 2 ALFATIHAH




















My ABAH. PART 1

since my father died on august, i dun feel like talking.
sebenarnya, bulan ramadhan lepas, abah mendiamkan diri. lepas balik keje, dia trus masuk bilik, smpai la kite panggil die untuk berbuka. pastu die makan sikit, trus nak mandi siap2 g masjid untuk tarawih.. selalu dia la yang akan beli kuih2 untuk berbuka, dia akan tolong susun pinggan n cawan, tolong buat air jgk kadang2.. tapi ramdahan tahun ni, dia cume mendiamkan diri je.. aku ingat abah marah, abah malas nak layan perangai kami. abah nak concentrate dgn ibadah.. aku pulak tahun ni, mcm2 resipi kuih aku cuba buat, paling aku suke, bila dapat buat kuih tart nenas dari resipi anis moist chocolate cake. Abah memang jarang nak makan kuih2 ni, tapi kuih tu, dia makn 3-4 jgk. tapi die x komen ape pun.

smpai la pagi raya. aku pergi surau untuk solat raya, abah adalah org terakhir yang tinggalkan surau tu.. rupanya tu adalah solat raya dia yang terakhir..

tgahri tu abah ajak balik raub, nak beraya kat raub.. kitorg semua x nak, sbb jauh. 4 jam. selama ni, kitorg balik muar kalau raya, malam raya mesti ada kat muar. tapi tahun ni, abah nak malam raya kat nilai, tghari bru balik muar.

Pada ramadhan tu jgk, aku dapat offer untuk kerja di House RM. happy tu jgn kata la.. ye la, dah lama x kerja, mesti la happy dapat berkerja semula. tapi aku rs mcm bersalah pulak, mcm berat je hati nak kerja.. faihan ckp tu maybe sbb lama x keje, jd rs anxious. tapi rasa berat hati ni memang tak terpadam. malam 1 4 tu, aku salam n mintak ampun pada abah,aku kejar die time abah nak g surau. sbb rasa berat hati sgt, aku tdo tgu abah blik dr surau dulu. aku goreng karipap untuk abah n mak baru bertolak g shah alam.
 raya ni jgk aku rajin aku buat karipap, aku pun xtahu knp aku buat karipap tu, tapi mak ckp itulah yg mak goreng untuk sahur abah untuk puasa 6.

jumaat petang, aku dpt call dr along yg abah nak anta iji balik kg ptg tu jgk, instead of ahad pagi. sabtu tu patutnya dia hantar awie g paroi, untuk PLKN. tapi somehow dia x nak anta, dia nak ada kat batu talam jgk sbtu tu.


habis je keje kat PJ, aku trus balik, x ambik pun baju kotor kat shah alam, aku nak balik nilai trus.  bila aku kol, abah n mak n iji baru bertolak. tak sempat aku nak jumpe dorg, tapi dlm hati aku, x pe la, nnti dorg blik aku dah ada kat rumah.

pagi sabtu tu, awie tgh berkemas2, aku n along carikan die baju melayu nak pkai, kemeja nak pkai, ( x tahu g plkn x pyah bwk ape2 pun). aku amik baju melayu  maroon abah, aku suruh die bawak, aku ckp, alah, abah bukan pakai pun. along bg baju kerja abah pd awie, x pe, abah ada byk lg baju ni. dah packing, tapi akhirnya x bw pun... tapi rupanya, memang abah x kan pakai baju tu dah...



sampai je stadium paroi, ada khemah n kesan tanah yang digali, tandanya tengah tgu mayat je. aku ckp dlm hati, kesiannya klo ayah die ke, mak die mati tgh raya pulak tu. huhu... dlm pkul 11, kitorg pun balik. dalam pkul 1130, mak telefon cakap ayah jatuh n pengsan. suara mak mengeletar, serak n ketakutan. aku dalam hati jgn ckp la, sbb paus, aku n along, kitorg semua kira adult, we hide our emotion and keep calm, ckp nnti  abah bangun la tu.. mak suruh kitorg balik kampung, we all feel uneasy...tapi kitorg diamkan je.. smpai la mak ckp abah kat hpital raub, raub suruh anta temmerloh n he is still unconcious. mak cakap abah jatuh. die nak tebas semak2 kat rumah sementara tgu mak ready, dorg nak g gesing, abah nak tgk durian tgh berbuah. tapi dari pkul 9 lbh abah keluar n x balik2, mak risau, mak suruh iji cari, iji x jumpe, mak g cari,mak jumpe abah, abah terbaring x sedarkan diri... dgn nafas yg kuat, mak ckp mcm bunyi nafas lembu kene sembelih. ada luka kat mulut abah, abah tergigit lidah dia, no wonder die x blh menjerit ke ape..

fast forward, smpai temerloh baru la tahu betapa serius keadaan abah sebenarnya, abah kat kritikal ward. hanya sorg je yg blh masuk. aku masuk n tgk abah yang sgt susah nak bernafas, sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. tp masa tu, aku ckp kalau la abah lumpuh lepas ni, mai sanggup jaga..mak nagah cemomoi  ckp ada darah beku pada otak, n x blh nak bedah sbb bood pressure tinggi sangt..abah actually tunggu masa je. what??? i seriously x nak percaya. mak sampai, mak tgk abah, mak n aku g solat hajat. i feel that if allah nak amik ayah, aku redha,abahdah buat terbaik untuk ramadhan tahun ni, g tarawih x pernah tinggal. puasa 5 hari, hari ke 6(sabtu)dia x puasa. In my mind, dia kan bukak mata balik,  he always recover,always. abah pernah kene  strok, abah pernah kene bedah jantung untuk bpass, bulan 12/12 abah masuk columbia buang hempedu dia.. kitorg selalu ejek abah dah x de hempedu..
BERSAMBUNG..