November 14, 2013

mudahnya menjemput rezeki-buku wajib baca

Assalamualaikum. malam ni sbl tidur, nak share 1 buku yang sgt hebat. kenapa sgt hebat? sbb penulis buku ini berdoa agar setiap mata yang memandang Al quran akan membaca buku ni. hebat sgt ke buku ni? apa kupasan dia sebenarnya?

buku ini menceritakan tentang apa itu konsep rezeki. Siapa sebenarnya empunya Rezeki? macamana cara2 menjemput rezeki? waktu2 paling power untuk berdoa dan kisah2 menarik tentang bagaimana rezeki datang dalam pelbagai cara.

tak tahu nk describe macamana buku ni, mcm manual book for success pun ada. intipati yang sgt utama ialah mengutamakan Allah dalam apa jua cara, membuat perkara2 yang Allah suka, paling simple sekali ialah berzikir! setiap zikir kita itulah yang membuka pintu rezeki sebenarnya. :D

contoh paling mudah: solat awal waktu.
amalan yang paling disukai Allah ialah solat pada awal waktu, berapa ramai antara kita yang solat nk akhir2, klo blh duduk kat sejadah combine dua waktu angkat tgn :P

jom kita sama2 audit diri, jaga hati, bykkan istigfar dan zikir!


November 13, 2013

vitamin semula jadi vs vitamin sintetik

Assalamualaikum..

hari ni nak share tentang vitamin semula jadi vs vitamin sintetik.  ye, i am not pharmacist yang boleh sesuka hati nak syorkan korang itu dan ini, vit ni bagus ke x bagus. but this is from my own exerience.

ceritanya begini,  dalam pertengahan tahun ni, I go to Guardian and search for vitamin C since vit c sy sudah hampir habis. then i found out yang harga vit c biasa sgt murah, x la mahal sgt. for example, harga online RM85 untuk 30 biji, ada RM90 untuk 60 biji n ada Rm30 untuk 30 biji. agak mahal untuk maintain.

yang i jumpe di Guardian 120 biji RM60.  yupp... sgt murah dan terus rasa tertipu dgn seller online ok. so dengan tamaknya i grab 120 biji vit c n berkobar2 nak makan untuk dpatkan kulit yang gebu and flawless. disebabkan pil itu panjang dan besar, i just telan 1 pil. ( saya penakut makan ubat). I find out lecithin benefit n tgk dia ada jual jgk, trus grab 1 botol, Rm30. murah2. suke!! :D

what happen?
the pil somehow make me curious. vit c patut larut dalam air, so i make a test and masukkan sebiji dalam cawan berisi air n the next evening baru tgk keadaannya. it is still the same, tak larut pun!! I try to use spoon godek2 siap urut dgn jari n feel ada x dia terasa  terhakis,or makin kecil. nope, die licin je. so i feel uneasy to pop that thing in my mouth. takut dia tinggal dalam perut and tak larut. mesti ada yang cakap asid perut kite ni la yang akan digest those pil. but somehow the idea of the pill stuck dalam perut for a long time terrifies me. 
same goes to lecithin..... "soft" gel dia sgt hard. cucuk2 x main, kene pakai gunting belah due baru la kelonsong die  tu terkoyak, it is like hard cover plastik. plastik die aku masukkan dalam gelas berisi air nak tgk berapa lama masa dia ambil untuk hancur dan barulah badan kita dapat menikmati lecithin yang dikatakan boleh pecahkan lemak. as predicted, dia hancur, tapi it take 9 hour baru plastik tu larut sikit.huhu...

now i found out that ada vitamin semulajadi, which dorg ekstrak dari natural resource and vitamin sintetik yang dicampur2 bahan kimia supaya lebih kurang jadi suddah... 

stay safe my friend!

November 10, 2013

the best vitamin C i ever had

Assalamualaikum..

Happy weekend :)

wah.. tgk keyword ramai sangt yang cari review maixara n felinna pmcvc ye....sooryyy dear i dah lama x pkai such vitamin. u can see my honest review. bukan nak buruk kan mana2 produk ya. it working for someone else but not me.i found a solution from much cheaper, halal n berkesan serta merta.
suka tak if your loved one notice the difference? hehe. less than a week tau. even more, i consume time period, sebiji jerawat pun x kuar.. Alhamdulillah.




ni dia. produk ajaib dgn kesan serta merta. sy ada pek trial if sapa2 yg bemrinat nk consume :) sms me, free consultation  at my page or msg je 0135655128. 

November 9, 2013

digging my pic 2006-2013


part 3 diploma in UiTM Sarawak, 19 tahun.

part 5 diploma.20 tahun



last day at uitm sarawak, 2008




most of the picture is my bare face.. double chin pun takde lagi time ni.

why suddenly i post my old pic? just one to see how much i deviate from my true self. after binge, stress and overeating, it really affect my skin, my body and self confidence. only people that have experienced what i am going thrugh can relate to this.
me in middle 2012. afteri stop using weight management product, my metabolisme slow termendously. i feel exhausted all the time, moody, like old folk waiting to die. i even hate to wakeup in the morning because i feel that i have nothing to pursue. 

pernah rasa jerawat penuh satu muka, kulit kusam,  dengan kesan jerawat lama tak pudar2? i've been there too...pakai la segala jenis krim and ubt konon blh hilangkan parut, working hanya mula2 je, pastu slowly mcm x de ape2 effect. nothing come as i expected. my bad. takde ilmu, org lain ckp ya, kite pun ye kan je. mujurnya my skin agak cerah complexion. so tak perlu nak makan ubat putihkan kulit pulak. 

Ada 1 HIKMAH. YOU DONT APPRECIATE NIKMAT ALLAH  UNTIL YOU LOST IT. 
In Shaa Allah, i will back on track. it just too long i dont take care of myself. Ya Allah, berikan la aku peluang untuk berubah kearah lebih baik. Amin

November 6, 2013

SHAKLEE: MAI STORY

Assalamualaikum.
bismillah. 

tajuk pun dah tahu mengapa aku buat keputusan untuk jadi pengedar shaklee. ceritanya begini, selepas seminar magnet kekayaan dan kejayaan, aku dapat pemahaman yang lebih jelas bagaimana sebuah perniagaan benar-benar boleh berjaya. salah satu darinya ialah mempunyai sistem dan mentor. dulu aku ingat mentor ni: Dr AZIZAN OSMAN.  jadi aku fikir, mcmn nk jadikan dia mentor aku, klo masuk kelas dia kena byar, bukan murah2. second time aku dtg program percuma dia, i learn that mentor ialah seseorang yang telah terbukti berjaya dalam bidang dia dan kita berhasrat mengikut jejak langkahnya. 

sistem : sistem yang terbukti berjaya menambah pendapatan dan dipercayai ramai melalui  set of action yang bila kite follow the step toward the goal. 

my big WHY.

1. Di facebook, aku dah lm berkwan dengan seorg budak perempuan ni, model dan MUA. budak uitm jgk. selalu tgk post2 dia, gmbr dia. kenal dari seblum khwn sampai la dia khwn thun lepas. she is beautiful lady, of course kita sengai org ppuan akan tertanya2 apa yg dia consume. lepas kahwin, awal 2013 ni tgk fb dia, dia resign. dia berhenti keje sbgai quantity surveyor  dan jual shaklee. dalam hati aku, ish beraninya budak ni, X PE KE.... BIAR BETUL. 

x sampai setahun...... 5 figure income! stay at home wife, cantik,menawan dan  income 5 figure. nanti esk dah ada anak boleh jaga sendiri, tak payah hantar taska. ya Allah, dengan cerita taska n pengasuh yang macam xxxxxxx,  i dont dare to give my baby to them. ( tp aku x khwn lg)....

  how she did it? aku x  tahu. apa pengalaman pahit jerih dia pun aku x tahu. tapi aku berminat nk belajar.  aku nak copy n duplicate her step. she did it what? memang rezeki itu masing2. itu bahagian dia, tapi kalau ada rraaammmaaaiiii lagi yang dah merasa 4,5 figure,mesti ada sistem yang terbukti menambah income secara berjemaah. 

Selalu org x kan share apa yang dia usahakan sampai boleh berjaya. itu adalah RAHSIA KEJAYAAN DIA.  ada orang siap doakan " aku x kan halalkan ilmu" if find ut org copy n duplicate.. ni pulak kita ada secret group yang hanya pengedar je yang dpt baca. best masuk secret group ni, it give a chance for us to learn n grow.

2. My source of income dulu ialah jual vit c. vit c popular di malaysia. (see my popular post)  if ko nak beli satu, ko kena bayar harga retail. of course la kita  sebagai consumer suka diskaun2 kan.... kalo tnya,  nak diskaun, kena amik 5. kita ni nak try je dulu. amik 5 ke 10 ke baru ada diskaun. (pernah rasa macam ni?) jadi i become frequent vit c user..siap boleh review sbb aku dah rasa keberkesanan produk2 ni. CUMA... i cant afford to be regular user..to substitute, aku g farmasi tgk2 harga vitamin. baru la aku tahu regular vit c 60 pil dalam RM30. AKU RASA TERTIPU SSGGGTTTT.... berapa byk seller mark up? ye la, dah campur gluthatione n kolagen bagai, tp pada aku, yang betul2 efektif is the vit C itself. arggghhh....so i stop consume and i stop sellling immediately. 

so bila ada company yg offer to be their distributor, u get 30% discount and pada masa yang sama, dapat kumpul point dan tukar pada cash bila sampai target, best tak agak-agak? 

kalau sistem convensional biasa, once customer  byar n beli, takde incentive lain dah pada pengedar.  u give discount, your profit yang akan terjejas. tapi kat sini company reward you volume point yang boleh tukar pada cash. As to say thank you sbb kenalkan org lain dengan produk ni. 

3. berdasarkan msih mahu mendapat 2 in 1 benefit: boleh jual boleh makan, aku pun terus search pasal vit c organik pulak, agak mahal tp testimoni sgt2 convincing. lebih2 lagi bila aku baca satu blog ni, dia nak muka flawless so dia amik la vit c organik ni which turn out to be....... vitamin c dari shaklee... cume repack kecik2 je...so vit c Dr Holland, vit c organik, smua dari "kilang yang sama": SHAKLEE. which is the price mooorrreeee cheaper my dear. hm. tertipu lagi. 

p/s: bila takda ilmu asyi tertipu. thank you for the lesson Ya Allah, :')



November 5, 2013

kaitan sedekah dengan kekayaan.



Assalamualaikum wrt.
After mini seminar Dr Azizan Osman hari tu, aku mula merangka matlamat yang jelas. jelas sejelasnya, berapa MYR yang aku nak untuk live my dream life. berapa aku sidekan untuk charity, berapa aku sidekan untuk expenses n side untuk impian aku.  apa2 impian or our dreams mesti bermula dengan matlamat dan  tindakan. Aku nak sgt mengubah kehidupan aku menjadi lebih baik. Allah bukakan hati aku untuk join satu multinational company yang boleh membantu ramai mencapai  taraf kesihatan yang lebih baik dengan kesan serta merta.

ok, berbalik pada impian aku. Apa impian aku?

1. aku nak jd hamba Allah yang dermawan, yang boleh bagi duit pada mak, bukan untuk dia pakai untuk belanja makan, tapi untuk dia suka2 derma n bg pada sape2 yang mak nak. hehe.. ni impian aku. sebab apa yang tinggal lepas kita meninggal dunia selain anak yang soleh, ilmu yang bermnafaat, cume sedekah dan amal jariah.

 aku ada terbaca yang amalan paling elok untuk dapat pahala FREE ialah BAGI ORG BERIMAN MAKAN. SETIAP MAKANAN YANG JADI DARAH DAGING TU LA. jadi bila dia BUAT IBADAH, KITA PUN AKAN DAPAT PERCENTAGE DIA. YEAH! :P jadi aku untuk merealisasikan impian ni, aku perlukan duit, bukan sekadar survive sahaja, tapi mampu membantu orang lain. memberi sesuatu pada saat kita pun tiada apa2 lebih baik dari berniat nanti aku dah kaya baru nak sedekah.


arwah abah dengan petainya.bwh tu projek last arwah abah, dia nak buat rumah tumpangan untuk sapa2 yg bermusafir, tumpang semalam dua kat rumah tu, tapi arwah abah tak sempat nak siapkan projek mega dia ni... arwah sgt suke tanam pokok buah, semua die niatkan untuk sedekah. dulu aku x fham, knp nk bongkok2 tanam pokok, pastu entah pjg umur ke tidak nak makan buah dr pokok tu ( jahil!)


October 27, 2013

pengalaman mini seminar magnet kekayaan dan kejayaan n buku free!

semalam, 26-10-2013, aku n along telah menghadiri  mini seminar Dr Azizan Osman tentang magnet kejayaan dan kekayaan. mulanya, kami dah terlambat, rasa mcm dah x blh masuk dah ni..mesti ramai org.. pastu dtg lmbt, mesti buku magnet kekayaan dan kejayaan tu dah sold out. pkul 920am kami sampai di wisma MCA, Ampang, ramai pulak org masih berpusu-pusu masuk, jadi aku syukur sgt sbb masih ada peluang untuk register n dengar talk Dr Azizan Osman. dekat 3000 org hadir, kitorg berdiri sepanjang talk tu, sbb kalau nak duduk atas lantai, x napk dr in person. Alhamdulillah bila berdiri, npk jelas dia bagi ceramah dan aku rs mcm dia ckp dekat dgn aku berbanding duduk.

 Dr Azizan telah share kisah hidup dia serba sedikit n rupanya byk first timer yang datang. Dia jugak ucapkan tahniah kepada kami sbb pada pagi sabtu, where most of people bangun lambat pada pagi sabtu, kami berada disini.


Apa yang kita belajar?

sape2 yang dah pernah hadir mesti tahu apa formula Dr Azizan?
M.E.S.T.I

alhamdulillah, dulu time aku datang untuk berani berniaga, aku masih blur2 lagi. semalam ada perkara yang begitu menyentuh n sentap. :P

1. Dr Azizan tengah komited nak turunkan berat badan. dia bg if kita nak turunkan berat badan, x kan nak lari kat treadmill 1 minit dan expect kurus terus? massive action massive result.kena bagi peluang pada diri untuk belajar n adapt.

2. matlamat yang sgt jelas, mcm benda yg kita nak tu telah pun berada depan mata ( kita dah memilikinya)
 cth: dia mintak seorg lelaki bangun n bgthu matlamat. lelaki tu ckp nak bw mak dia tunaikan haji. Dr ckp bulan berapa? lelaki tu balas bulan 6. satu dewan ketawa sbb time tu bukan bulan zulhijjah. tapi sgt bermakna untuk belajar tentang goal setting. set kan matlamt dengan jelas.

3. .... korang pergi sendiri dan dengar seminar2 dia.. bukan kena bayar pun, yng intensif memang la kene bayar. tapi yg free pun, bila kita dtg dengan hati terbuka, minda terbuka nak dapatkan ilmu, alhamdulillah.

aku bukan taksub dgn Dr Azizan. Dia memang orang islam,yang terbukti berjaya n kaya raya. Apa dia cakap, dia buat. he give inspiration to people.

 Aku cuma insan yang ingin mengubah diri untuk menjadi lebih baik luar dan dalam. Insya Allah.



 PS: bila aku sampai dekat wisma MCA, aku nampak panamera 666. eh, ni Dr Azizan punya. time nak balik tu, aku keluar awal sikit, semata mata nak tgkp gmbr, hehe :P
**oh ye, buku tu harga rm25, tapi sesiapa yang g mini seminar ni, dapat free je!
*** BMW tu sgt la cantikkkkkkk.... ya Allah, ada ke peluang aku nak dapat sebiji?



October 25, 2013

My ABAH PART 2 ALFATIHAH




















My ABAH. PART 1

since my father died on august, i dun feel like talking.
sebenarnya, bulan ramadhan lepas, abah mendiamkan diri. lepas balik keje, dia trus masuk bilik, smpai la kite panggil die untuk berbuka. pastu die makan sikit, trus nak mandi siap2 g masjid untuk tarawih.. selalu dia la yang akan beli kuih2 untuk berbuka, dia akan tolong susun pinggan n cawan, tolong buat air jgk kadang2.. tapi ramdahan tahun ni, dia cume mendiamkan diri je.. aku ingat abah marah, abah malas nak layan perangai kami. abah nak concentrate dgn ibadah.. aku pulak tahun ni, mcm2 resipi kuih aku cuba buat, paling aku suke, bila dapat buat kuih tart nenas dari resipi anis moist chocolate cake. Abah memang jarang nak makan kuih2 ni, tapi kuih tu, dia makn 3-4 jgk. tapi die x komen ape pun.

smpai la pagi raya. aku pergi surau untuk solat raya, abah adalah org terakhir yang tinggalkan surau tu.. rupanya tu adalah solat raya dia yang terakhir..

tgahri tu abah ajak balik raub, nak beraya kat raub.. kitorg semua x nak, sbb jauh. 4 jam. selama ni, kitorg balik muar kalau raya, malam raya mesti ada kat muar. tapi tahun ni, abah nak malam raya kat nilai, tghari bru balik muar.

Pada ramadhan tu jgk, aku dapat offer untuk kerja di House RM. happy tu jgn kata la.. ye la, dah lama x kerja, mesti la happy dapat berkerja semula. tapi aku rs mcm bersalah pulak, mcm berat je hati nak kerja.. faihan ckp tu maybe sbb lama x keje, jd rs anxious. tapi rasa berat hati ni memang tak terpadam. malam 1 4 tu, aku salam n mintak ampun pada abah,aku kejar die time abah nak g surau. sbb rasa berat hati sgt, aku tdo tgu abah blik dr surau dulu. aku goreng karipap untuk abah n mak baru bertolak g shah alam.
 raya ni jgk aku rajin aku buat karipap, aku pun xtahu knp aku buat karipap tu, tapi mak ckp itulah yg mak goreng untuk sahur abah untuk puasa 6.

jumaat petang, aku dpt call dr along yg abah nak anta iji balik kg ptg tu jgk, instead of ahad pagi. sabtu tu patutnya dia hantar awie g paroi, untuk PLKN. tapi somehow dia x nak anta, dia nak ada kat batu talam jgk sbtu tu.


habis je keje kat PJ, aku trus balik, x ambik pun baju kotor kat shah alam, aku nak balik nilai trus.  bila aku kol, abah n mak n iji baru bertolak. tak sempat aku nak jumpe dorg, tapi dlm hati aku, x pe la, nnti dorg blik aku dah ada kat rumah.

pagi sabtu tu, awie tgh berkemas2, aku n along carikan die baju melayu nak pkai, kemeja nak pkai, ( x tahu g plkn x pyah bwk ape2 pun). aku amik baju melayu  maroon abah, aku suruh die bawak, aku ckp, alah, abah bukan pakai pun. along bg baju kerja abah pd awie, x pe, abah ada byk lg baju ni. dah packing, tapi akhirnya x bw pun... tapi rupanya, memang abah x kan pakai baju tu dah...



sampai je stadium paroi, ada khemah n kesan tanah yang digali, tandanya tengah tgu mayat je. aku ckp dlm hati, kesiannya klo ayah die ke, mak die mati tgh raya pulak tu. huhu... dlm pkul 11, kitorg pun balik. dalam pkul 1130, mak telefon cakap ayah jatuh n pengsan. suara mak mengeletar, serak n ketakutan. aku dalam hati jgn ckp la, sbb paus, aku n along, kitorg semua kira adult, we hide our emotion and keep calm, ckp nnti  abah bangun la tu.. mak suruh kitorg balik kampung, we all feel uneasy...tapi kitorg diamkan je.. smpai la mak ckp abah kat hpital raub, raub suruh anta temmerloh n he is still unconcious. mak cakap abah jatuh. die nak tebas semak2 kat rumah sementara tgu mak ready, dorg nak g gesing, abah nak tgk durian tgh berbuah. tapi dari pkul 9 lbh abah keluar n x balik2, mak risau, mak suruh iji cari, iji x jumpe, mak g cari,mak jumpe abah, abah terbaring x sedarkan diri... dgn nafas yg kuat, mak ckp mcm bunyi nafas lembu kene sembelih. ada luka kat mulut abah, abah tergigit lidah dia, no wonder die x blh menjerit ke ape..

fast forward, smpai temerloh baru la tahu betapa serius keadaan abah sebenarnya, abah kat kritikal ward. hanya sorg je yg blh masuk. aku masuk n tgk abah yang sgt susah nak bernafas, sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. tp masa tu, aku ckp kalau la abah lumpuh lepas ni, mai sanggup jaga..mak nagah cemomoi  ckp ada darah beku pada otak, n x blh nak bedah sbb bood pressure tinggi sangt..abah actually tunggu masa je. what??? i seriously x nak percaya. mak sampai, mak tgk abah, mak n aku g solat hajat. i feel that if allah nak amik ayah, aku redha,abahdah buat terbaik untuk ramadhan tahun ni, g tarawih x pernah tinggal. puasa 5 hari, hari ke 6(sabtu)dia x puasa. In my mind, dia kan bukak mata balik,  he always recover,always. abah pernah kene  strok, abah pernah kene bedah jantung untuk bpass, bulan 12/12 abah masuk columbia buang hempedu dia.. kitorg selalu ejek abah dah x de hempedu..
BERSAMBUNG..




May 17, 2013

dream ring!!!

ni cincin mak, bli kat mydin rm10.. x pnah bother pun, tp smlm tgk dia kat laci, amik n acu kan.  npk padan la pulak... :-)


April 9, 2013

kek coklat-keju-vanila coklat chip kukus untk door gift :-)

pernah tak bila dpt doorgift daripada majlis pkahwinan, dpt kek? pernah tak bila gigit sekali, trus tak mahu lg?
pernah tak terbayang betapa kecilnya hati pengantin tgk org tak hargai pemberian dia?

sorry, sy sgt x suke pada kek yg keras, rasa tepung, tawar n x sdap.

if u want something yg sedap, pekat rasa coklat, u should give me a call, area nilai blh dpt free tester. 0135655128


April 5, 2013

cara gunakan facebook ads! senang je!







seminar berani berniaga Dr Azizan Osman Shah Alam



Berani berniaga Dr Azizan Osman,
Assaamualaikum wrt.
31-3-2013, aku berkesempatan untuk menghadiri seminar berani berniaga. Aku bertolak dari Nilai sejurus selepas solat subuh. Tiba di shah alam pkul 715 pg. nape aku sibuk review n promote seminar ni? lilahi taala. kerana Allah. banyak ilmu n inspiration aku dapat dr seminar ni. pernah dgr org jual kek dapt RM80,000 sebulan? bisnes printing RM300,000 sebulan? pelik kan, mcm x masuk akal je org melayu dapat byk ni. macamana dorg buat?? apa rahsia? 

 orang ramai tak berganjak nak  tgu pintu dewan nak dibuka. dah bukak, semua laju je nak penuhkan seat depan!

u wont believe berapa ramai yang dtg! nasib baik aku dtg awl, klo x duk blakang la jawabnya.

Isi kandungan:
Program ni sangat berguna untuk org yg dah buat  bisnes tapi x berapa nak maju lg. yang masih takut2, yang salahkan keadaan ekonomi, tgk market ada dulu ke tak,  yang tak tahu nak jual apa, bisnes yang  lebih kurang hidup segan mati x mahu. Yang asyik bg alasan kenapa bisnes x maju. yang selesa berkerja makan gaji x pyah datang la, ramai lagi yg betul2 minat nak sertai seminar ni x dpt masuk lak nnti.

First, apa yang pertama yang ditekan oleh dr ialah Dr mintak kembali kepada Allah.itu yang paling utama. Kita wajib  baiki hubungi kita dengan Allah. Betulkan MATLAMAT  kita dahulu, supaya kita dapat pahala sebagai pemberi manfaat. Macamana bisnes boleh kita sifatkan sebagai pemberi manfaat?  

Sebab kita offer sesuatu yang boleh membantu orang lain. Jadi bila matlamat utma kita dah betul semestinya bila kita ada sale ke, x ada sale ke, kite tetap bersyukur sebab  sekurang2nya kita dapat pahala percuma kerana mengikuti sunnah Rasullah. Niatkan dlam hati nak Berjaya dalam bisnes sampai kita dapat  bayar zakat perniagaan dan banyakkan sedekah,bina masjid, tolong orang susah,masya Allah sungguh indah kalau kita berniat mcm ni.. bayangkan dah la berniat pun dapat pahala, melaksanakan tindakan itu pun dapat pahala. Subhanallah. Terkaku aku seketika dengan konsep matlamat Dr Azizan.

  Kedua kita harus berasa bertanggungjawab atas setiap perbuatan n keputusan kita. , apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita buat, apa yang kita cakap itu semua ialah DOA.  Allah mengikut sangkaan hambanya. Setiap perkataan itu ialah doa, setiap perbuatan kita ni mengukur tahap mana usaha kita sebenarnya. Rajin atau malas, semua bergantung kepada TINDAKAN kita, itu yang sibuk semua orang cakap FAST ACTION FAST RESULT, SAYA KAYA N BERJAYA TU, BUKAN SUKA2 DIE BUAT MACAM MANTERA, TAPI DENGAN PERKATAAN TU , BAGI KITA JANGAN LEKA, JGN TERHEGEH2 NAK AMBIL TINDAKAN.


nak tahu lebih lanjut? ambik masa n dgr sendiri sbtu depan 13-4-2013 kat menara PGRM cheras! daftar 100% percuma kat www.beraniberniaga.com 

p/s: sila bwk roti n air untuk alas perut sblm masuk dewan, jgn pulak minum byk air, kite nak dgr seminar, x blh concentrate la klo asyik nak ke toilet je kan..

 time seminar tu, aku asyik terbayangkan kek coklat kukus mcm ni, tapi dlm bekas plastik, aku imagine yang aku blh buat n jual kek ni untuk door gift org khwn.. sbb banyak sgt kek mcm ni aku rs, tapi x sedap! kesian sgt pada pengantin yang dah bayar n expect tetamu happy dpt makan kek sedap tetapi sebaliknya.



 ni aku memang x blh tinggal. susu kambing.. setiap kali aku minum, aku rs aku dekat dengan Rasulullah, sbb Rasulullah suke minum susu kambing. aku harap susu kambing akan dapat tempat dihati org islam dimasa akan datang. Amin!