January 25, 2011

khurafat: i can't open my eyes.

i dun know whether the sound or jalan cerita or hantu tu memg menakutkan, tapi cerita ni really disturbing me walaupun rated 13 only..
the director really make a great job sbb aku x berani langsung nak tgk babak hantu nak keluar..apatah lagi bila hantu tu dari atas siling..tergantung bunuh diri n paling takut bila hantu panjat tingkap..

and it make me change my perception about going to hospital sbb  banyak sgt tempat kat hospital yang menakutkan,wild imagination keep pouring in.

aku berani tgk bila scene  siang je, yang lain tangan la cover muka ni..huhu..bila cerita dah habis, i feel so relieved.haha..
well done anak Yusof Haslam, now i am your fan!

January 23, 2011

healthy=confidence

saya telah  banyak meninggalkan peluang2 yang saya rasa saya mampu buat tapi saya tidak yakin pada diri.low self esteem telah memakan saya dan give me a barrier.. then i realized it is because im overweight dari kecil lagi. so what if im not overweight?

where are my place right now??
im curious! :)

reduce the fat,increase self worth. insya Allah.

I become first time mom

not that im pregnant or something, but i become an instant mom to  4 siblings, :)
haha :)

sejak program main badminton 4x seminggu,aku g umah trainer: niesa..ada satu kucing betina(name die meow) ni sarat mengandung, aku kesian sangat dengan dia..ye la, boyot n nampak sedih je..so aku pun bw dia balik,mula susah jgk la,sbb kat rumah ni dah ada 4 ekor kucing jantan. lagipun meow ni memg cantik, so kucing jantan asyik usha dia je..family memg tahu aku suka kucing, so ble aku bw balik such adorable cat, org semua setuju sedangkan klo kucing lain nak msuk umah memg kitaorg x bg. kira semua jatuh kasih pada kucing bunting ni. even akak aku yang takut kucing sebelum ni pun usap2 bulu dia..kucing ni bulu panjang n lebat, seronok je klo usap2 bulu dia.

sejak ambil die dr rumah trainer aku, dia gelisah je,aku bg hotdog pun dia taknak makan.. pagi sabtu, aku bg dia masuk dan dia start pusing 1 rumah aku, tp klo bg die makan or minum dia x nak..

ptg tu die dah dpt spot dah,kat laci dekat berandah rumah..duduk je situ smbil mencakar2 surat khabar.ape motif aku x thu. mlmnya, aku tgk dia bukak mulut mcm menahan sakit, gaya sebijik mcm anjing yang kehausan, aku pun berdoa la agar dia x sakit sgt time bersalin n dipanjangkan umur supaya dia dpt jaga anak dia ni.
tgk 22.01.2011 pkul 830 mlm, dah ada 2 ekor anak kucing dekat perut dia...terharu sangat. pkul 11 aku check lg, ada 4 ekor semuanya. 3 coklat 1 hitam..insya allah klo panjang umur, akan banyak la gambar kucing dlm blog aku ni :)

January 17, 2011

uitm Sarawak di hatiku.

sale tahun baru cina kembali lg.. bila tahun baru cina n time puasa, mesti teringat kenangan kat sana..
dulu time duduk kat Samarahan, memang tunggu sangat sale ni, sbb kat kuching ramai cina. teringat my ex roomate bwk  g shopping, time tu la baru berani beli jeans n sweater putih BUM. (umur 18 ye ) 
tempat aku selalu g ialah wisma Satok, sbb ada wafe sedap n banyak inti. even lepas makan, still nak beli jgk, makan time sejuk pun x pe,asalkan wafer satok. hehe..

hampir setiap sem, kitaorg akan buat trip g Sarikin, 2 jam dari kuching..sebab dia border dengan indonesia, brg2 tiruan sangat murah. beg yg biasa kat sini dlm rm 50+ jadi rm 30, tu pun x kisah design yang mana. telekung jangan cerita la, bersulam2 n berwarna warni memang cantik sangat. kat sini harga dlm rm70 tapi kat sana jual rm 25 je.... tapi yang x tahan bila org dtg dekat tanya nk beli telur penyu x? kitaorg tgk telur penyu ni mcm bola pingpong, tp warna putih n lebik2, pernah rs jgk telur ni, rasa berpasir tp x telan pun, ludah balik,memg x sanggup nk telan.. bila fikir balik,halal ke mkn telur penyu??

currently, i really  miss my diploma time, miss my diploma friends, sbb dorg banyak sesangat membantu aku kat uitm dulu, i always have shoulder to cry on and someone that i can rely to.
balik uitm x rs tension, rs happy sokmo..

January 12, 2011

kiraan tarikh lahir

aku suke laman web ni.

http://linncomel.com/

mcm2 info dia bg.. yang paling aku suka ialah kiraan tarikh lahir, dia pernah buat forum macamana nak kira.

cth.
                                                          (A)18- (B)11- (C) 19- (D)87
                                                              (E) 9-(F)2----(G)1-(H)6
                                                                 (I)2-------(J)7
                                     (K)6 =(L)2-(M)4        (N)9      (O)8-(P)4=(Q)3
                                                                 (R)7  (S) 2
                                                                     (T) 9
E=1+8
F=1+1
G=1+9
H=8+7
I=E+F
J=G+H
K=L+M
Q=O+P
N=I+J
T=R+S

cara paling cepat nak kuruskan badan

hm.. sejak aku kecik lg, aku dah overweight..maybe sbb aku pendek, so tinggi n berat x sesuai..
 tapi tahun2 kebelakangan ni, berat makin meningkat secara mendadak.
aku ingat lagi time aku diploma dulu aku dlm 5X-6X kilogram..tapi sekarg ni, leps 1 tahun duduk rumah, berkerja front desk, berat aku hampir 7Xkg..hm..ble org keliling jumpe n tanya npe bdn makin gemuk, aku sendiri pun x thu knpa aku makin gemuk?

kakak aku ckp aku dlm self denial, mengunakan makanan sebagai escape, sebagai remedy utk masalah emosi aku..
orang bila stress akan guna mcm2 cara utk hilangkan tension, ada yang merokok, ada yg minum arak, ada yang main game whole day n mcm2 lagi. tapi aku guna makanan. (kena ubah secepat mungkin)
so aku tgk losing it with Jillian, the biggest loser tapi berat makin bertambah ada la..

tapi baru2 ni aku tgk 3 idiots. Amir khan pernah ada 6pack, untuk menjayakan watak dia dalam 3 idiots, dia kene kuruskan badan. caranya:
MAIN BADMINTON.
dia main badminton dan x pegi gym dah. die jadi kurus dan muka dia berseri2. itu lah rahsia mcmn aktor berumur 40 an ni boleh pegang watak 20 an.

aku time kecik2 suka sgt main badminton,
masuk persatuan badminton time sekolah rendah ss19 subang jaya dulu..tapi as time goes by, so do my interest.oleh kerana resolusi tahun 2011 ni nak kuruskan badan, aku nak start main balik..dengan budak ni,
                    hehe, adik bongsu aku, :)

so aku akan combine:
badminton+ jalan ke tempat kerja (40 minit sehari) +kurangkan makanan manis dan berlemak.
harapnya aku dapat capai my goal weight n stay healthy, aku x nak jadi salah satu penyumbang pada statistik diabetis 2030. hopefully not me.

January 11, 2011

berlawan dengan perempuan gila

pagi nk aku patut masuk keje pkul 1130-8mlm...
pkul 11 ada org telefon n straight marah2 aku...

marah sbb siling dia bocor, marah air dr siling tu terkena baju die, marah ckp aku x report n ambil tindakan.
siap suruh aku datang kedai dia lg untuk tengok kebocoran yang TAHAP MELAMPAU.

aku ckp je dgn die bukan time aku keje, aku masuk ptg,
cara aku ckp smbil lewa je, biar die berangin lg..
die start tinggikan suara dgn aku, salahkan aku, aku pun mula la angin 1 bdn..
die mrah, aku marah dia balik,
aku memg jenis yg panas baran,
kita dah ckp baik2, tp die terjerit2 mcm ppuan gile...
yang peliknye officemate aku baru je balik dari kedai die, yang die mrah2 aku yang tidak ada ditempat kejadian apasal pulak?
ingat aku muka baik aku jenis yang diam je bile kene marah tiba2 ke??
im not like that k....silap la.
memg patut pun laki die cari ppuan lain,
emotionally unstable. baik cara dia berpakaian, make up dan perangai,
memang PEREMPUAN GILA.

aku x kesah pun ko nak beriaga sini ke x, 1 pergi 10 mari.

dah tua macam batu ni dah, rumah kata pergi,kubur kata mari,
still x blh master public relation dgn org.... kesian...

January 8, 2011

kawan2 vs Adik beradik

saya yakin betul saya tidak punya ramai kawan baik/geng.
saya pun bukan jenis friendly, i rather shut up than make fool of myself.

nape saya bangkit pasal kwan vs adik beradik?

sebab saya tgk ramai yang mengutamakan kawan  daripada keluarga, kawan la sahabat dunia akhirat, tak pergi ke rumah saudara sebab keluar dengan kawan, tolong kawan punya pasal, duit habis.bla..bla..bla..

 saya jenis yang utamakan family dari kawan, family la kawan saya, saya boleh bergaduh, boleh bertekak n they definitely know my true colour. mungkin sbb saya n kak dilahirkan ke dunia  pada tahun berderet. 1985,1986,1987 so jadi lebih rapat.



                                                       kakak dan mak saya. :)



                                             kawan2 transport :)

kawan pun penting, tanpa kawan kita tak boleh hidup jugak. kawan yang baik pada aku bila dia mendoakan kesejahteraan kawan2 dia yang paling penting berkawan  kerana Allah Taala,
cemburu bila tgk kawan2 dah berjaya, ada yang dapat beli BMW dah pun bila start berkerja ni,tapi yang penting jangan berdengki, jadikan ianya pendorong untuk  mengubah diri dan menjadi lebih baik.:)

 Rezeki tu semua Allah dah aturkan, tapi tu bukan penghalang kita tidak boleh dapat lebih baik dari sekarang.
satu lagi, kalau asyik mengharap Allah akan mengubah nasib kita, asyik harap dapat itu ini, tapi tak  bersolat apa gunanya.. rezeki nak banyak tapi beribadat dan berdoa malas...

kisah konvo dan kepenatan

mak, abah..
terima kasih datang konvokesyen mai walaupun tahu mak n abah penat..
terima kasih sbb support bidang yang mai nak belajar,terima kasih kerana sentiasa ada dan tolong mai selama ini dari mai dlm perut mak sampai la besar. terima kasih kerana tak pernah meragui keupayaan mai.terima kasih Allah sebab memberi mereka sebagai ibu dan bapa aku.. Aku bersyukur pada mu Ya Allah..


5 december 2010, mak ayah aku datang konvo aku, sesi petang dapat la bertolak lambat sikit dari rumah.. dorg hantar aku kat menara and aku suggest dorg rehat rumah kakak kat seksyen 11,makan2 dulu, tidur dulu ke..adik kecik aku pun aku suruh dia mandi kat wet world.. ble dah hbis baru aku message n dtg sini tangkap gambar..

wajar ke tindakan aku eh?

konvokesyen ialah waktu kita dihargai dan diraikan sbb barjaya mengengam segulung ijazah.mak ayah akan rasa terharu dan bangga apabila   tgk anak dia berjalan atas pentas dan mengambil skrol. ada kawan sekelas aku (lelaki), aku tgk dia menangis bila tgk video pasal pengorbanan ibu bapa, dia yang aku kenali selama ni memang x serius, main2 tapi bijak berkata-kata,pernah 1 team dengan dia dalam kelas Transport planning dan policy.


first time pergi konvo UiTM bila konvo kak ngah aku, mak ayah duk dlm dewan annex, aku n along tunggu kat luar..punya la lama n panas n berhabis duit asyik beli air rm1.haha...
so bila aku konvo untuk diploma dan degree, aku mintak dorg dtg, rehat kat rumah sewa n rumah kakak n relaks.
tapi sekarang bila fikir balik, aku macam  x menghargai dorg dtg pulak, sedangkan aku nk bg kemudahan pada dorg...x payah penat2 nk tunggu aku berjam-jam..tapi aku rasa mcm x kena, macam aku tak nak berkongsi hari bersejarah ni, sedangkan tu bukan maksud aku
so, ble dah habis sesi, aku keluar dari pintu dewan, aku tahu takde sape yang tunggu aku,mesti dorg on the way..
tapi ada orang, orang tu tunggu aku dengan sejambak bunga dgn teddy bear, rasa terharu and nak nangis pun ada..orang itu ialah buah hati aku dari tahun 2006 sampai la sekarang dan diharap sampai bila2..

Dia tahu aku sorg2 keluar dari dewan, sementara tunggu family, dia datang teman walaupun tengah menjaga booth foto di dataran SAAS. terima kasih for everything mr F :)

kalau saya sambung Master,

1. "kalau saya sambung Master, ada program Mymaster, dpt elaun rm2300 utk 2 tahun..
since aku rindu zaman belajar, teringin nak sambung belajar lagi.."

2. "kalau saya sambung Master, blh upgrade ilmu dlm bidang business, bukan nk apply jadi lecturer pun, just nak expand knowledge.."

3. "kalau saya sambung Master, nanti kene buat reseach proposal, kena submit assigment,kena cari artikel dlm internet,kena patuh deadline.adoi."

4."kalau saya sambung Master, aku mendapat self satisfaction kerana dapat belajar higher, x semua org nk bg komitmen ambik  master.."

5."kalau saya sambung Master, bukan sebab kenaikan pangkat or nak jadi manger, tapi sbb i just do what i like.saya suka belajar."

6. "kalau saya sambung Master, start umur 24, insyaAllah 26 dah dpt master..tp 26 tu umur aku target nak kahwin..hm..nk kumpul duit nak kahwin, nak cari keje after grad..Again.susah la.."

7." kalau saya sambung Master, mesti mak and ayah saya suka. dorang memang mengalakkan saya sambung master."

ni gambar time konvo degree ... kalo gmbar dgn jubah master mesti lagi best...

January 7, 2011

first attempt:: dadih strawberi :)

semalam pas balik keje teringin sangat nak makan benda yang manis dan sedap. tgk kat dapur, mak ada beli serbuk dadih.ha...




bgus2, blh aku masak, nmpk simple je.. didihkan dadih dengan air 1 liter, masukkan perasa dan tuang dlm bekas. :)

aku letak jam strawberi yang beli kat cameron bulan december hari tu..
1 paket dadih boleh dapt 16 cawan kecik...klo jual
16 x 0.50=RM8..
harga kos RM4.50..
untung jgk klo jual.. :P

January 5, 2011

first post..

ape ye yang patut ditulis disini.. aku tak harap pun orang baca blog aku, tapi sekadar meluahkan perasaan and mcm2 idea bisnes dlam otak aku ni..
aku nk kenalkan diri dulu la, nama aku mai, baru je graduate dari UiTM bulan december  2010. sekarang ni berkerja di supermarket terkenal Malaysia sebagai admin untuk kedai sewa dikelilingnya. so, hidup aku dikelilingi dengan businessman, macam2 bisnes dorg kat sini, bisnes topup, bisnes ayam goreng, bisnes wafer, bisnes baju, bisnes barang2 hantaran and mcm2 lagi la.. so aku pun kene tempias la, dalam memikir-mikir bisnes ape yang boleh jalan kat sini..
 satu hari nanti aku akan bukak bisnes sendiri jugak, insya Allah :)