October 14, 2014

what is 5 week pregnant look like?

U missed your period?
U have positive UPT test?
U confirm?

when u already 5 week pregnant, pregnancy symptom will hit you slow and steady. from my experience, starting week 5, i feel bloated and dizzy..rasa lepas bangun kalau tidur lepas asar, bangun nak maghrib, kepala mcm masuk angin, badan masuk angin, memang rasa tak sedap badan! sebaiknya start minum air masak banyak-banyak sebab u will likely kena sembelit sebab berdasarkan  pengalaman dan pembacaan, sistem penghadaman kita akan SLOW DOWN sbb dah start nak prepare kongsi nutrien dengan baby.

tu belum morning sickness menimpa lagi. keep calm dan istigfar ya :)

bila waktu terbaik test untuk UPT pregnancy test?

Assalamualaikum wrt.

every married couple mesti ternanti-nanti bila rezeki untuk mendapatkan zuriat akan tiba. Ada yang tiap2 bulan beli UPT dan try kalau-kalau ada rezeki "melekat".

persoalannya disini......

bila paling awal boleh check UPT?

u can start from 1 st day hari yang sepatutnya DUE. tapi sebenarnya rugi je sebab takkan nampak line. nak cakap kabur pun x boleh. so waste RM10.

refer gambar dibawah ni, you'll know what i mean. :)
1: hari ke 7
2:hari ke 10
3: hari ke 17

colour lebih kurang macam ni, FYI ni bukan UPT test saya. harap maklum.

due hari ke-7: line muncul  masih sgt2 kabur. tak boleh nak beza if your eyes play trick on you.rugi RM10 lagi


due hari  ke 10: this week actually if mengandung, sebenarnya u dah 5 minggu mengandung, so HCG dah boleh di detect dengan jayanya. tak payah nak tunggu 5 minit.


due hari ke 17: time ni the colour of 2 line sangat terang. TAHNIAH! cepat-cepat pergi jumpe Dr ya!

jadi, kat sini apa yang kita boleh buat hanya keep calm n wait. I know penantian 1 penyeksaan..;)

ni saya share the exact colour dr UPT ehsan google.


September 22, 2014

my first raya at kelantan

Hari raya aidil fitri yang lepas, saya dan suami telah berkesempatan ke negeri cek mek molek. sapa yang ada disana? Mek (mak kepada MIL) dan adik beradik MIL. Mak Su ada kenduri menyambut menantu, jadi it is a perfect timing to bring me ( menantu baru) to meet and greet. Pergi balik my hubby sorang je yang bawak. power. stamina kuat. :P

pergi hari rabu n balik hari ahad. sepanjang di kelantan, i have been to pantai cahaya bulan. waqaf che yeh. kat sini bannnyyyyyaaak sgt org jual baju. dan parking die rm2 sekali masuk. VERY NOT recommend if nak hotel dekat waqaf che yeh, sebab bila dia tahu je u park untuk hotel, dari RM2 jadi RM10 per entry. nak kata best sgt pun tidaklah.  

Pasar siti khadijah macam pasar payang kat terengganu, macam2 ada kat sini. tapi my best catch is their serunding. RM50/KG. serunding daging dia memang sedap n terasa bahan-bahanya. 
after having difficulty in parking at waqaf che yeh, we decided to rent a hotel dekat kota bharu. bertentangan dengan masjid Muhammadiyyah di Kota Bharu. saya juga sempat bergambar depan istana lama dan makan nasi kukus yang sangat sedap dekat gerai2 sebelah masjid. Pengkalan Kubor juga tidak dilepaskan, hehe. shopping periuk2 kat situ. nak masuk rumah baru la katakan. :)

Last stop kami ialah   UTC.utc ni best. kopok lekor murah2 n sedap, kopi pra campur bermacam jenis dari kopi sampai la ke susu kambing. 

*aku sempat juga makan sotong besar kat kedai tingkat atas pasar siti khadijah. FYI, sotong besar nampak sedap tapi LIAT. it is very horrible experience+harga mahal!

* im inlove with AKOK. memang kat sini pun ada, tapi kat sana lagi sedap. terbayang-bayang makan time tengah panas n lembut.. yum yum...
* 3 kali nampak evoque berlegar-legar kat jalan ni. emas kat tgn makcik2 jangan cakap la.:P sapa kata kelantan negeri miskin. :P
                                   






30 fact about me. #1

i feel like accepting this challenge so i can write something new everyday.





1. I love cat. i always have soft spot for cat, this fluffy creature have their own personality thus make me feel that i have extension in my family.
cat that i used to own:
1.meowgemok. ( the mother of all cat. the fairest, prettiest. paling subur n banyak anak. ambik time main badminton kat rumah niesa. iji pegang sepanjang jalan.


2. kucingkecik ( anak buangan meowgemok. mulanya tak suka, sbb adik beradik yang lain semua striking orange n bulu panjang, last2suka. hilang. )
3. ceputih ( anak meowgemok.gentleman.lovable. fluffy coat. friendly. mati. everyone sad bila dia mati.)
4. dora (anak meowgemok. kucing tomboy. antisosial. garang. suka cakar.)
5 pinto (datang rumah, terus jadi rumah sendiri. jalan senget sbb kaki patah. manja. suka diriba, dibelai. he love me a lot! Arwah abah buang sebab ingat angah nak pantang kat nilai)
6. dada ( jumpa dalam longkang. he love me,but with intention to eat more, to become the king of the house!)
7. animida(mak dia datang beranak, then mak dia kena buang. kucing gila, she never bother anyone. demam smpai hampir mati. 2kali kena langgar kereta, badan pernah dimakan ulat, sbb lalat bertelur kat luka dia. last letak minyak habatusauda, she recover, now a mom to 3 kitten.)

kelebihan orang yang suka menolong orang lain

Sabda Rasullah s.a.w:
Orang-orang yang paling disukai Allah adalah mereka yang paling banyak manfaatnya ( bagi orang lain)dan amalan yang paling baik dilakukan oleh seseorang ialah;memasukkan rasa kebahagiaan keatas seorang muslim,menyelamatkannya dari penderitaan,melunaskan hutangnya atau mmengusir rasa kelaparan daripadanya. Sesungguhnya aku sangat suka berjalan dengan seorang muslim demi menunaikan hajat (keperluannya) daripada aku duduk didalam masjid debulan lamanya.
Hadis riwayat al- Tabrani

Pergi ke program Dr Azizan Osman di PGRM Cheras atau MIECC using public transport

I have been google about this since i sign up for  IMKK pada june 2014 di MIECC at Serdang and  MMM 2014 at menara PGRM pada september yang lepas. so i hope for those yang mencari akan jumpe info ini.
PGRM ni terletak berdekatan dengan LRT Maluri. so if u naik KTM, boleh catch LRT ampang line di KTM Bandaraya atau KTM Bandar Tasik Selatan.kalau naik LRT kelanaJaya Line, boleh  turun di Masjid Jamek n change train.
Sampai di LRT Maluri jangan risau dengan trafik yang sibuk, sebab ada jejantas. hanya susur sepanjang jalan sahaja. walk about 100-200 meter sahaja kot.
ok, for MIECC, i know ramai yang kesana for halfest, for big bad wolf.  yang ni accesible by KTM sahaja. turun di stesen Serdang. naik jejantas dan u can take water taxi ke the mines RM2. or jalan kaki arah ke bangunan apartment warna putih. dah sampai u just walk until u see a tunnel.  sampai di tunnel, u will see the mines. masuk the mines, naik tingkat 4, go to the next wing yang jual aksesori telefon, kat situ ada bridge ke MIECC.
kalau bukan kerana program advanced Dr Azizan, memang takkan sampai la saya ke sini. :)

June 19, 2014

parut pudar, kulit lebih bersih dengan vitamin E shaklee {testimoni sendiri }

 Assalamualaikum. salam sejahtera.
siapa pernah hadapi masalah kulit muka dengan jerawat dan parut yang tak hilang-hilang?
tahun 2012 ialah tahun kulit yang sangat menjatuhkan keyakinan saya. nak keluar jumpa kawan-kawan lama yang rapat pun jadi segan.
saya terperuk kat rumah je, tak kemana-mana. saya MALU.bila dia surut sikit, dia akan naik balik!
KULIT BEMINYAK,HOME SWEET HOME JERAWAT


 just to share WHY saya dalam SHAKLEE.

2-3 bulan sebelum saya berkahwin, dalam bulan 10 2013, saya berniat nak dapatkan kulit cantik, mana ada pengantin dalam dunia ni TAK NAK CANTIK SEBELUM KAHWIN KAN? saya melihat iklan vitamin c organik. bila saya selidiki, rupanya  vitamin ni dari Shaklee, cuma online seller dah repack sikit dan jual dengan kadar yang menguntungkan. saya ada kawan facebook yang menjual shaklee, saya bayar rm65 untuk menjadi ahli, HANYA UNTUK HARGA AHLI. saya beli vitamin c, ( ni sy tak makan sangat sebab susah nak telan, tukar dengan chewable vitamin C) saya try ESP dan vitamin E.

alhamdulillah, parut pudar, kulit jadi licin dan lembab. tak lama pun nak dapat hasil mcm ni.tak sampai 2 bulan.  ESP n vitamin E saya masih tak habis2 lagi.
sebab saya percaya,, saya boleh dapat result yang saya nak.
sekarang, saya mula mencuba SET KURUS SHAKLEE pula..
sebab apa yang saya perlu baiki ialah penampilan dan keyakinan diri saya.



gambar diambil dengan lenovo 369i dan iphone4s. kualiti  gambar berbeza.


bila jadi ahli tak wajib buat bisnes pun, tapi kalau dah nampak peluang, WHY NOT JANA INCOME SAMBIL MENCANTIKKAN ORANG LAIN. PIKAT SUAMI SENDIRI. ;)

May 8, 2014

Apa yang ada dalam Shaklee Mealshake? Fast Food for WISE PEOPLE!




Mealshakes ni minuman segera yg berkhasiat...french vanila flavor.. . 'segera' disini bermaksud ianya segera diserap...  protin berkualiti tinggi dan mudah diserap dalam tubuh manusia dari kanak2 sehingga dewasa.. 
Mealshakes ni bukan sahaja kaya dgn protin dan kalsium.. tetapi juga kaya dgn vitamin penting terdapat dlm per serving mealsahke ialah

  • Vitamin B12, B6, 
  • vitamin A
  • Thiamin, 
  • Riboflavin,
  • Asid Folic,
  • Vitamin C, 
  • Vitamin E, 
  • Biotin, 
  • Vitamin D, 
  • Niacin, 
  • dan juga mineral2 penting kalsium, iodin, besi, fosforus, magnesium, selenium, chromium, molybdenum, zinc.



Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.

Siapa yang perlukan Meal Shake?

Basically,ia sesuai utk :

1. semua kanak2 terutamanya kanak-kanak yang mudah jatuh sakit,kurang selera mkn,senang sembelit atau pun kanak2 obese.

2. Juga sesuai utk sesiapa sahaja (Ibu2 mengandung,menyusu,pesakit2 dlm proses pemulihan selepas operation, mereka2 yg inginkan kulit cantik, ingin kekal sihat) .

3. Especially mereka yang tak gemarkan supplemen dalam bentuk tablet kerana Mealshake ni datang dlm bentuk serbuk,dibancuh jd minuman yg lazat.

cara pengambilan mealshake
anak 1-2 tahun: 1 sudu kecik paras, 3-4 kali seminggu
3-5 tahun: 1 sudu paras kecik setiap hari ( 1x sehari)
6 tahun keatas: 1 sudu kecik paras 2x sehari
12 tahun keatas: 1 sudu besar. 2x sehari

pertanyaan lanjut: 0135655128



May 5, 2014

apa ESP dah buat pada kulit saya.




Ada 1 produk Shaklee yang saya amalkan sejak bulan 1 2014. cuma bulan 3 2014 baru konsisten.

DENGAN IZIN ALLAH,

DIA ni la yang hilangkan terus parut jerawat saya!
DIA ni la yang hilangkan skeptikal saya pada soya.
 saya malu yang saya pernah cakap soya ialah tumbuhan perosak.sekarang hari-hari nak minum!
DIA ni la yang buat suami saya selalu mengelus pipi saya dan tersenyum!
DIA ni la yang repair kulit saya dalam proses pemulihan sebenar.

vitamin c oh vitamin c! BERKESAN ATAU TIDAK?

amboi tajuk over kan.....
 sapa kat sini pernah beli supplement kecantikan?
untuk nak kulit bersih, untuk nak putih, untuk nak flawless.....

i pun pernah beli jugak.....
dpat je duit dah fikir nak beli apa untuk hilangkan masalah parut dan jerawat nih...

tapi i tak beli sabun-sabun yang mengelupas pastu cantik tu.. krim siang krim malam...maaf..belum percaya lagi...
ada yang sesuai dengan korang, silakan, teruskan. kita semua orang perempuan ni objektifnya nak cantik! :)

berbalik pada topik nih..


tahun 2012 rasanya vitamin c organik meletup-letup dipasaran..i tak pandang pun.
time tu pulak sibuk dengan camera 360....testimoni KAT FB pakai 360... mesti la cantik...memang best pakai apps ni.. kulit flawless..:D tapi depan-depan.....(fill in the blank)

self esteem jgn cakap la... siapa yang nak letak profile picture muka jerawat berparut bagai.. sampai if ada orang nak salam cium pipi, saya cakap terang-terang yang saya TAKNAK rosakkan kulit halus mulus mereka dengan tepekkan pipi yang BERJERAWAT NI KAT PIPI MEREKA.

akhir tahun 2013,  selepas mencuba pelbagai supplement tapi kurang menjadi, hati tertarik dengan perkongsian dari
blog http://nameeroslan.blogspot.com/2012/09/tips-kulit-putih-gebu.html

serius terus google pasal vitamin yang dia dok promote tu...
tahu apa sebenarnya vitamin c tu?
vitamin C Shaklee 500mg sustained release....

KENAPA SAYA SIBUK MAKAN VITAMIN C?
sebab: muka saya banyak parut-parut. jerawat bukan datang time nak period je.
kulit saya jenis berminyak.


ni gambar 2012-2013.......:(

bila makan vitamin c, i noticed yang jerawat cepat je kecut.

cumanya ni tablet. kena telan.
saya orangnya susah betul nak makan ubat. softgel saya boleh terima lagi.
honestly saya makan skip-skip. sebab die dalam bentuk tablet. susah nak istiqamah.

dulu bila maixara buat vit c yg chewable, saya siap beli 5 kotak untuk diri sendiri.
3 jual.2 makan.
sebab?
senang.
macam makan gula-gula.

bila beli vit c shaklee sustained release 500mg. saya rendam dengan air bagi dia larut..kalau takde masalah nak telan ubat, silakan! makan je, tak payah nak rendam-rendam. ;)
bila keluar chewable vit c shaklee, saya terus bertukar makan chewable je la!
gambar terbaru midApril 2014.
lepas period. jerawat of course la ada. tapi tak bertahan lama dimuka.


VITAMIN C SHAKLEE SUSTAINED RELEASED 500MG
RM92.50 UNTUK 180 BIJI.
LIKE FB PAGE: happywifehapyhusband

pengalaman consume alfalfa complex dari shaklee

Assalamualaikum.

hari ni nak share pengalaman menggunakan alfalfa dari shaklee.
saya takde masalah keputihan. cuma saya ada masalah sembelit.
bila sembelit 2-3 hari tak membuang, saya perasan akan timbul jerawat.

bila badan bertoksin, kitaakan mula rasa lemah dan malas je..
kalau boleh nak tidur je satu hari..
nak jalan ke mana pun rasa takde mood..
perut kembung...
angin banyak...
kepala pening....


APA PERBEZAAN SELEPAS MAKAN?

JGN EXPECT SEHARI MAKAN TERUS DATANG KEAJAIBAN.
tapi for me 1 day makan terus.........
 TAK BOLEH TIDUR PETANG :(
BADAN KELUARKAN ANGIN MELALUI JALAN ATAS DAN BAWAH  :(
PERUT RASA FULL. TAK BOLEH MAKAN BANYAK :(



Alfalfa ni selalu di consume oleh
** breastfeeding mummy nak tambahkan susu.
** natural breast enhancement (google banyak gila testimoni makan alfalfa breast firm!)
** untuk detoks
** untuk gout pun boleh sebab alfalfa ni alkali, while gout bila terlampau banyak asid urik dalam badan.
ni ada list apa yang Alfalfa boleh bantu! :)


kenapa Alfalfa Shaklee?
sebab jenama Shaklee tu sendiri.
Dia bukan vitamin sintetik macam ......., or.......
sebab dia dari bahan natural, badan kita akan cepat absorb semua nutrien.

 semua bahan dari neutral resources.

Alfalfa ni ada sijil halal. sedangkan di website Shaklee sendiri,
untuk production di Malaysia, mereka buat di kilang lain yang syariah
compliance untuk taknak pengguna islam ragu-ragu.

pertanyaan: 0135655128 (whatapp)
FB page: happywife,happyhusband
harga: RM53 untuk 330 biji tablet

April 18, 2014

testimoni 3 minggu kesan ESP Shaklee pada kulit!







teruk kan kulit muka macam ni...? sapa yang ada masalah macam ni mesti rasa malu.. kejap muka elok, kejap tidak. gambar ni diambil sebelum datang bulan. 17-3-2014...which mean my hormon tak stabil. Jadi macam ni selepas balik honeymoon di Langkawi. dengan catuan air ditambah pulak ESP tertinggal kat rumah Mak, macam ni la gaya kulit aku. 
sebab promotion ESP pada bulan March hari tu, aku grab 2 tong untuk diri sendiri. Nak tgk the actual result after consume ESP less than 2 week????
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-





gambar ni diambil 9-4-2014. lepas mula consume ESP pada waktu pagi di campur dengan milo or sunquick mangga. Alhamdulillah bekas parut lama pudar dan kulit jadi lebih smooth. macam mana la tak jatuh cinta dengan ESP??
(gambar diambil oleh Iphone 4s Encik Suami) 


kalau anda terbaca ESP itu  bla,bla.. take your time... do some research..is ESP really that GOOD? 

Jawapannya::::::: SEMUA PENYEMBUHAN DATANG DARI ALLAH.
 KITA HAMBA. CUMA BERDOA DAN BERUSAHA SAHAJA.



March 14, 2014

short but sweet honeymoon in Langkawi


Assalamualaikum wrt. 
selepas kenduri sambut menantu, suami n i off to langkawi. we stayed 3 day and 2 night at Bella vista Padang Maksirat. betul2 3-4 minit je dari airport. 
bertolak menggunakan firefly pukul 140ptg di subang, sampai di langkawi pukul 330 ptg. hotel bella vista ni ada breakfast included, ada swimming pool dan bersebelahan dengannya, kedai runcit dan kedai makan.  Arrive di hotel, kami take our time untuk rehat, sebab  naik firefly je tibe2 takut n panik, mungkin sebab dia kecik, sebarang gegaran akan mengundang kecut perut yang teramat sangat. sedangkan dekat 20 kali naik Air Asia ke Kuching dulu tak takut langsung! siap pelik kenapa pulak ada orang takut bila pesawat nak take off n landing. dulu pernah bergegar teruk bila naik air asia sebab langgar awan penuh dgn wap air pun rasa biasa je. ni asal bergegar je cepat2 sebut doa jgn mudharat.

maghrib tu kami mula terasa lapar, suami call kereta sewa, dia nak bg viva RM100 per day. charge ke airport RM20. tak boleh nego. jadi kami pun x sewa. malam tu redah je turun hotel n pergi kat kedai makan. masya Allah sedap nasi goreng ayam, suami order nasi dan tomyam pun cakap sedap. for info,kedai ni  bukak pada waktu malam sahaja. 

second day, we have heavy breakfast consist of telur 1/2 masak, nasi goreng, roti bakar, sausages,cornflakes  with milk, jus oren dan air kopi. 
(sebab konon nak jalan jauh, tak payah stop2 sbb lapar)
first kami call the same rental car, dia bagi Rm90 untuk 2 hari. Suami cakap sebab perempuan yang call, lembut sikit la hati si owner. :P

first stop kami ialah cable car, tiket cable car+ duck boat tour RM50/person.suami nak sangat naik jambatan gantung tu. tapi sebab time kami ambil masa naik duck boat tu 1245, so kami naik duck boat terus. yang best naik duck boat ni, dia turun kedalam laut tu, rasa naik boat atas laut. cume not worth the penny la. sebab dia pusing u turn. so g tempat yang sama. cuma perasaan naik boat tu, tgk air laut, best.

 habis tour pendek tu, kami ke stesen cable car. hati ni rasa tak sedap je sebab dah pernah pergi sekali dulu, i know how terrifed i was bila naik cablecar dgn trip scenic prima dahulu. bila pergi dengan hubby, dia muka rileks je :P

ofcourse the feeling bila sampai on top tu sangat lain ok! bila tgk keindahan gunung ganang Langkawi surrounded with blue/green sea, Masya Allah subhanallah!!
hilang semua rasa gayat dan takut, yang ada perasaan kagum sangatttt... for 2nd time i still impressed!

after turun tu,kami jalan-jalan pusing pulau. pergi ke pantai pasir hitam, turun ke Kuah. Kuah ofcourse la beli coklat dan kain batik. since we balik naik flight, hubby takut nak beli pisau sebab takut tak lepas. malam tu jugak kami pergi dataran Lang. 
hari terakhir, kami ke Kuah lagi! sebab flight pukul 640ptg, so ada banyak masa jalan2 lg :D

tips:
1. kereta sewa u all cari la betul2. ada yang murah! 
2. jangan isi minyak kereta lebih RM20. trust me. banyak stesen minyak kat langkawi, or else jadi macam kami,dah habis round langkawi, ada minyak lagi. duit minyak boleh beli coklat tau! 
3. coklat tu harga sama je semua tempat, cume kalau dorang nak habiskan stok, daim boleh dapat Rm18.90xxl pack BUY ONE FREE ONE LG!
4. bawak air siap-siap time naik cable car. trust me, bila  altitude berubah, heavybreathing and kehausan akan terasa. 
5. nak beli kain batik beli kat plaza Langkawi, ada Atuk jual tu siap bagitahu batik jenis macamana yang ada kat langkawi ni.:)

view yang cantik:
kat markas TLDM tu, jalan yang memang tak busy, with very nice view :)
OTW ke cable car, ada kapal layar "parking"
atas gunung mat Chincang! 

that all :) :P 

update chocolate price as March 2014
1. celebration 500gm: RM20
celebration 850 gram dalam jar: RM60
2. hershey 350gm: Rm36 if beli 3
3. whittaker: Rm8.50. RM25 if beli 3 paket
4. whittaker besar: Rm12.90
5. seashell belgium: RM9.90-RM14
6. Daim 300gm: RM16.90/ RM50 dapat 3paket