January 26, 2014

review buku 7 keajaiban rezeki dari Ippho Santosa

Assalamualaikum. :)

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.
Disaat kita mengharapkan keajaiban dari Allah, kita lupa yang kita sebagai hambanya, terlampau banyak perkara yang harus diperbaiki dahulu sebelum menanti datangnya keajaiban.
Allah tidak pernah pun "memaksa" kita berdoa dan meminta kepadanya, malahan kita lah yang sangat-sangat memerlukan dan meletakkan sepenuh pengharapan kepadanya.

jangan pernah memikir yang Allah tidak menunaikan janji-Nya untuk mengakbulkan permintaan kita, sedangkan kita masih berkira dan bermain-main dengan hak Allah.

Ya Allah, ampunkan hambamu ini.

berbalik kepada buku ini..

susah saya nak terangkan betapa manfaatnya buku ni, buku yang wajib baca kepada semua hamba Allah, sebab dengan buku ni, banyak kunci rahsia kejayaan dunia dan akhirat  direveal. investment yang sgt berharga untuk diri sendiri.

mana nak beli?
try search bukabuku.com. :)



January 25, 2014

Apabila menjadi isteri..part 1

Assalamualaikum..
sejak menjadi isteri, setiap hari ( even tak duduk sekali dgn suami) saya rasa sangat bersyukur. sebab utamanya saya dapat menjadi isteri kepada lelaki yang saya cintai, segala kata sayang dan rindu yang saya ucapkan kepadanya menjadi pahala bukan dosa. bahkan segala yang haram telah menjadi halal. semasa nak pergi ke outdoor photoshoot,saya teringat kami memandang sesama sendiri bagaikan tidak percaya dan ketawa bersama. petang nikah tu, saya hantar suami ke Nilai 3, dimana family dia shopping smentara menunggu kami shooting. time tu rasa "oh, aku dah ada family baru, ni la family yg harus aku terima baikburuk, pada masa yang sama kene sentiasa maintain hubungan baik dan paling penting, tempat aku disisi suami adalah number 2. yg pertama wajib ibunya. tetap ibu.

perkara yang kedua, pastinya tentang penjagaan diri. sebelum kahwin, banyak perkara tak kisah sgt. asal bersih sudah. tapi lepas kahwin, wajib jaga luaran dan dalaman. dari hujung rambut sampai hujung kaki. untuk apa jaga kecantikan? untuk menyenangkan hati suami, of course. sebab tu, saya bertekad, lepas kahwin ni, saya akan menjaga kecantikan. sebab apa? sebab ada beribu lagi wanita yang 10x cantik dari saya yang masih single dan berharap mendapat suami sebaik suami saya. bila ada mindset begini, rasa terdesak akan muncul.

patut la my friend sgt2 menjaga penampilan, rupanya inilah salah satu sebabnya.


January 24, 2014

sebuah pernikahan




Alhamdulillah, Allah telah menetapkan jodoh kami hingga ke suami isteri. perkenalan dari tahun 2006 hingga kini memberi erti yang cukup bermakna dalam hidupku. Alhamdulillah, dia suamiku.
Ya Allah, aku mohon kepadamu, ampunkanlah segala dosa-dosa kami, satukan lah hati kami, kuatkan rasa kasih sayang antara kami, kami memohon rahmat dan kasih sayang-Mu Ya Allah. kurniakan la kami anak-anak yang soleh dan solehah sebagai penyejuk mata, tetapkan la anak dan zuriat keturunan kami orang yang menjaga solat. bukakan la lebih banyak pintu rezeki buat kami, buat keluarga kami dan kaum muslimin dan muslimat. amin.


 bakal ipar (dua-dua bertudung hijau)
 adik-adik kesayangan
 mak dan along


 mak dan ayah mertua
 sibling tersayang ( iji takde)