January 25, 2014

Apabila menjadi isteri..part 1

Assalamualaikum..
sejak menjadi isteri, setiap hari ( even tak duduk sekali dgn suami) saya rasa sangat bersyukur. sebab utamanya saya dapat menjadi isteri kepada lelaki yang saya cintai, segala kata sayang dan rindu yang saya ucapkan kepadanya menjadi pahala bukan dosa. bahkan segala yang haram telah menjadi halal. semasa nak pergi ke outdoor photoshoot,saya teringat kami memandang sesama sendiri bagaikan tidak percaya dan ketawa bersama. petang nikah tu, saya hantar suami ke Nilai 3, dimana family dia shopping smentara menunggu kami shooting. time tu rasa "oh, aku dah ada family baru, ni la family yg harus aku terima baikburuk, pada masa yang sama kene sentiasa maintain hubungan baik dan paling penting, tempat aku disisi suami adalah number 2. yg pertama wajib ibunya. tetap ibu.

perkara yang kedua, pastinya tentang penjagaan diri. sebelum kahwin, banyak perkara tak kisah sgt. asal bersih sudah. tapi lepas kahwin, wajib jaga luaran dan dalaman. dari hujung rambut sampai hujung kaki. untuk apa jaga kecantikan? untuk menyenangkan hati suami, of course. sebab tu, saya bertekad, lepas kahwin ni, saya akan menjaga kecantikan. sebab apa? sebab ada beribu lagi wanita yang 10x cantik dari saya yang masih single dan berharap mendapat suami sebaik suami saya. bila ada mindset begini, rasa terdesak akan muncul.

patut la my friend sgt2 menjaga penampilan, rupanya inilah salah satu sebabnya.


No comments:

Post a Comment