oleh kerana saya malas membayar bil astro, maka astro telah dipotong..mula2 memg boring la x dpt tgk tv.
tapi ada hikmah disebaliknya. ayah bukak cd ceramah ustaz kazim. pasal 6 pesanan Rasullah.. mula2 dlm cd tu, die cerita yg duit hasil jualan cd ni untuk membyar expenses tuk sekolah beliau, that why every dollar is important.
sepanjang sesi ceramah tu, yang paling terkesan di hati apabila dia mengatakan Rasullah mengatakan ada 3 benda je yang perlu dlm hidup ni..
rumah yang selesa didiami, pakaian dan makanan. kalau yang lain2 tu hanya menyibukkan kamu dari beribadah kepada Allah.
kalau nak hati senang, jgn pandang di atas, tapi pandang la org dibwah kamu.
kalau kita tgk org yang lebih kaya dari kita, tgk kereta besar, rumah besar, beharta. automatik kita akan bersa tidak puas hati dengan apa yang kita ada sekarang, cuba tgk org yg lebih miskin dari kita, nk makan pun x dpt, hidup pun x selesa, tentu kita akan lebih bersyukur dengan apa yang ada. tapi jangan lupa, org yang cemerlang ialah org yang lebih baik dari semalam, jadi pada masa yang sama kita jgn hanya duduk ditakuk lama, kita kena berusaha memajukan diri sendiri.
bila dia bukak pasal bawak kereta kancil, that memg terkesan dlm hati, kalau kat traffic light tgk org sebelah bwak alphard, kita bw kancil, mesti hati kita terasa,miskinnya aku, tapi bila kita tgk org sebelah kanan kita bawa basikal, kit ajdi bersyukur sbb kita hanya tekan minyak dalam aircond, dpt berlindung dari hujan n x mengunakan kudrat langsung. bersyukur la dgn apa yang ada.
satu lagi pasal ibu bapa, hargai sementara ada, kalau dah x de, menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tidak berguna.
kalau saya dengar lagi, i will update here :)
No comments:
Post a Comment